Antarabangsa

Ribut Pasir Di Riyadh, Konsert Kpop Ditangguhkan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 19 Januari 2022 – Konsert KPOP yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari 2022 sempena Riyadh Season 2 terpaksa ditangguhkan selepas ribut pasir berserta hujan melanda di bumi para anbiya itu.

Turki Al-Sheikh, pengerusi festival hiburan itu dalam ciapannya berkata, persembahan-persembahan terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh keadaan cuaca di Riyadh.

Penangguhan itu disambut baik oleh para netizen yang menyifatkannya sebagai perancangan Allah.

“Mereka merancang dan Dia menggagalkannya. Allah Yang Maha Menguasai Kerajaan,” kata Sheikh Mubashir.

“Alhamdulillah, peringatan daripada Allah SWT untuk mereka yang sesat di bumi barakah. Kembalilah ke jalan yang benar sebelum kemurkaan Allah yang dahsyat menimpa kamu. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua,” komen SaFwan MoHd.

Kumpulan KPOP yang bakal ditampilkan pada hari itu untuk menghiburkan para pengunjung adalah Stray Kids dan vokalis hebat, Chungha.

Namun, insiden tidak disangka berlaku selepas pengumuman penangguhan di mana ciapan-ciapan mengenai kehilangan individu mula dilaporkan oleh rakan dan keluarga terdekat STAY, gelaran untuk peminat Stray Kids.

Forum perbincangan atas talian STAY berkata, berikutan penangguhan konsert, berpuluh-puluh peminat mula hilang akibat penculikan secara rambang dan juga kerana masalah “pengangkutan” terutama yang datang dari luar Riyadh.

Berdasarkan laporan, sudah ada peminat yang dijumpai dan ada yang masih hilang tanpa dapat dikesan.

Riyadh Season 2 merupakan pesta besar-besaran yang bakal memberi kepuasan tidak terhingga kepada mereka yang dahagakan hiburan dengan hidangan lebih daripada 70 konsert.

Menurut laman web festival itu, Riyadh Season pada tahun ini telah mencipta peluang pekerjaan yang sangat besar, pelaburan asing yang hebat dan sijil-sijil Guinness World Records.

Disember lepas, seramai 700,000 pengunjung direkodkan dalam festival muzik elektronik MDLBeast Soundstorm di Arab Saudi menyaksikan penyertaan seramai 200 artis antarabangsa seperti David Guetta.

Sebelum ini, bumi Anbiya’ itu digegarkan dengan tarian berahi samba di jalan utama Jazan, sebuah bandar pelabuhan di Arab Saudi sempena Festival Musim Sejuk Jazan.

Leave a Reply

Back to top button