Antarabangsa

Pemimpin Hamas, Presiden Palestin Lawat Arab Saudi Bincang Keadaan Semasa Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 19 April 2023 – Pemimpin politik tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh telah tiba di Arab Saudi pada lewat Isnin lalu bagi tujuan lawatan buat pertama kalinya setelah beberapa tahun beliau tidak menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Ketibaan pemimpin politik berpengaruh itu ke Arab Saudi diiringi oleh delegasi berprofil tinggi termasuklah mantan ketua politik, Khalid Meshal.

BACA JUGA: Istana Negara Nafi Keluar Kenyataan Isu Integriti Perkhidmatan Awam

BACA JUGA: Kadar Bayaran Saman Trafik RM50 Sahaja, Bermula Jumaat Ini

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari Separa Khamis Ini, JAIS Seru Tunaikan Solat Sunat Gerhana

Sumber menyebutkan bahawa delegasi Hamas itu akan mengadakan perbincangan dengan para pegawai Saudi bagi membincangkan perkembangan terkini warga Palestin serta berkenaan dengan hubungan di antara Hamas dan Arab Saudi.

Sumber yang sama menyatakan bahawa Hamas kini berminat untuk mengekalkan hubungannya dengan negara-negara Arab serta negara-negara Islam dalam usaha menjaga kepentingan Palestin serta rakyatnya.

Lawatan Haniyeh itu bertembung dengan lawatan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang telah tiba di negara dua kota suci tersebut pada Isnin lalu.

Namun berita mengenai sama ada kedua-dua pemimpin Palestin itu akan bertemu satu sama lain di Arab Saudi masih belum dapat dipastikan.

Sebelum ini, kunjungan terakhir Hamas ke Arab Saudi adalah pada tahun 2015, di mana Meshal telah bertemu dengan Raja Salman bin Abdulaziz dan beberapa pegawai senior Arab Saudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: