Antarabangsa

RM250 Bilion Perluas Masjidil Haram Untuk Keselesaan Jemaah Haji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 14 Oktober 2022 – Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) mengumumkan pembiayaan kos hampir RM250 bilion bagi meneruskan projek perluasan Masjidil Haram demi keselesaan jemaah haji dan umrah.

Dalam sebuah sidang akhbar, Dr Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah berkata, projek pembinaan dan perluasan Masjidil Haram yang tetap diteruskan itu dianggap sebagai projek terbesar dalam sejarah masjid suci umat Islam.

Ia melibatkan penambahan kapasiti di dataran Tawaf sebanyak 30,000 lagi jemaah, pemasangan 78 pintu pagar automatik, penambahbaikan sistem bunyi, pembangunan sistem kamera pengawasan dan sistem amaran kebakaran.

Dr Tawfiq mengatakan, kerajaan Saudi komited dalam menyediakan khidmat terbaik kepada jemaah berdasarkan Wawasan 2030 yang mengutamakan pembangunan perkhidmatan untuk jemaah di samping menaik taraf semua kemudahan dan prasarana.

Terbaru, pembangunan projek Kereta Api Ekspres Haramain Makkah-Madinah telah menyaksikan perkembangan ketara dari segi infrastruktur dan organisasi. Perkhidmatan tersebut telah berjaya memudahkan pergerakan jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi untuk sampai ke tanah suci.

Dr Tawfiq turut menyentuh mengenai pelancaran platform digital terbaru NUSUK yang bertujuan untuk memudahkan prosedur ketibaan jemaah umrah dari seluruh dunia ke bumi Haramain.

“Pakej umrah (menerusi NUSUK) boleh ditempah dan visa dikeluarkan dalam masa kurang daripada 24 jam,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: