Antarabangsa

Tarian Hampir Telanjang, Pesta Di Bumi Anbiya’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAZAN, 11 Januari 2022 – Bumi Anbiya’ digegarkan dengan tarian berahi samba di jalan utama Jazan, sebuah bandar pelabuhan di Arab Saudi sempena Festival Musim Sejuk Jazan.

Menerusi video-video tular, dapat dilihat penari-penari dari luar yang didatangkan itu mempamerkan gerak tarian mereka dalam kostum separa bogel; memakai bulu berwarna-warni yang melambangkan tradisi Brazil dengan kaki, lengan dan perut mereka sengaja didedahkan bagi menghiburkan para pengunjung yang hadir ke situ.

Aspirasi penganjuran festival ini sendiri adalah sebagai “satu bentuk kisah kegembiraan bagi rantau ini”, yang mencakupi segenap aspek keperluan masyarakat, menurut kenyataan pembukaan festival sepertimana yang dilaporkan dalam media.

Festival Musim Sejuk Jazan 22’ ditaja oleh Putera Mohammed bin Nasser, sebagai Gabenor Jazan dengan kerjasama daripada beberapa orang pegawai Saudi.

Walau bagaimanapun, keadaan ini bertentangan dengan norma keagamaan dan nilai setempat yang menjadi pegangan umat Islam Arab Saudi di mana wanita-wanitanya berpakaian menutup aurat – berjubah dan berhijab.

Keadaan ini mencetuskan kemarahan orang ramai dan mereka menuntut agar pihak yang bertanggungjawab menganjurkan acara tersebut dihukum.

Berikutan itu, Putera Mohammed bin Nasser mengarahkan siasatan dan “langkah-langkah perlu untuk mencegah semua bentuk salah guna” dilakukan selepas mendapat celaan dari orang ramai.

Riyadh sebelum ini pernah mengadakan festival besar-besaran selama lima bulan dengan persembahan 70 konsert dihidangkan kepada mereka yang dahagakan hiburan di Riyadh Season.

Disember lepas, seramai 700,000 pengunjung direkodkan dalam festival muzik elektronik MDLBeast Soundstorm di Arab Saudi menyaksikan penyertaan seramai 200 artis antarabangsa seperti David Guetta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: