Antarabangsa

Riyadh Arab Saudi Bakal Berkonsert K-Pop, Blackpink, Januari 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 08 November 2022 – Para peminat kumpulan pop Korea, Blackpink sangat teruja menantikan persembahan yang buat julung-julung kalinya diadakan di Arab Saudi bersempena dengan salah sebuah acara yang terdapat dalam Riyadh Season edisi ketiga.

Konsert kumpulan pop Korea tersebut akan dilangsungkan pada 20 Januari 2023 di Mrsool Park di Riyadh, Arab Saudi.

Penjualan tiket bagi konsert tersebut akan diadakan dalam dua fasa, di mana fasa pertama adalah pada 8 November yang dikhususkan bagi ahli kelab peminat kumpulan tersebut. Manakala fasa kedua adalah pada 11 November bagi semua pengunjung.

Riyadh Season memuatkan pelbagai acara yang bertaraf tempatan dan antarabangsa termasuklah konsert, permainan, festival, acara yang melibatkan makanan serta pertandingan yang dimuatkan pada 15 zon hiburan yang berbeza.

Pada bulan November, tujuh zon hiburan yang akan dibuka iaitu The Groves, Riyadh Sky, Little Riyadh, Qariat Zaman, Riyadh Zoo, Fan Festival dan Boulevard World.

Sejak pelancarannya, tiket bagi Riyadh Season telah habis terjual untuk beberapa acara dan ianya telah menjadi acara hiburan paling utama di rantau tersebut.

Januari lalu, lalu, konsert K-Pop yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari 2022 sempena Riyadh Season 2 terpaksa ditangguhkan selepas ribut pasir berserta hujan melanda Riyadh.

Riyadh Season 2 merupakan pesta besar-besaran yang bakal memberi kepuasan tidak terhingga kepada mereka yang dahagakan hiburan dengan hidangan lebih daripada 70 konsert.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: