Tempatan

Kedai Nasi Ayam Sungai Ara & Cawangan Kompleks Beli Belah Tiada Sijil Halal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 17 Ogos 2022 – Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi dan satu lagi cawangannya di sebuah medan selera, kompleks beli belah disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut kenyataan Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Hanif [email protected], siasatan dijalankan pada hari Selasa di dua lokasi iaitu sebuah medan selera di kompleks beli belah dan sebuah kedai nasi ayam dan itik di Paya Terubong selepas mendapati pemilik kedai tersebut yang juga seorang Muslim mempunyai restoran nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli belah.

Siasatan yang melibatkan JHEAINPP dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mendapati premis di kompleks beli belah yang disahkan tidak halal itu adalah milik bersama antara lelaki Muslim tersebut bersama seorang pemilik bukan Islam.

Selain itu, hasil siasatan mendapati nasi ayam dan itik yang dimasak di premis di kompleks beli belah tersebut turut dibawa untuk dijual di kedai nasi ayam dan itik Sungai Ara.

Mohd Hanif [email protected] juga memaklumkan, pihaknya menerima pengakuan pemilik kedai yang menjelaskan bahawa makanan yang tidak habis dijual akan dihantar ke restoran di Paya Terubong untuk diberi kepada anjing selain membasuh bekas-bekas dan peralatan makanan di situ.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, restoran di Paya Terubong pula menyediakan menu seperti nasi ayam, itik dan juga daging khinzir.

Baru-baru ini, tular di laman sosial video berdurasi 2 minit 38 saat berhubung dua orang lelaki Melayu membawa peralatan makanan dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: