Antarabangsa

Saudi Hukum Bunuh 81 Orang Dalam Satu Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 15 Mac 2022 – Arab Saudi menghukum bunuh 81 lelaki dalam tempoh 24 jam atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk pembunuhan, penculikan, penyeksaaan serta merogol.

Kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan melibatkan pembunuhan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang tidak bersalah.

Mereka yang dihukum bunuh itu turut merancang serangan untuk membunuh sebilangan besar orang awam dan anggota pasukan keselamatan kerajaan itu.

Selain itu, mereka disabitkan kesalahan dalam membunuh pegawai penguatkuasa undang-undang serta mencacatkan badan mereka.

Mereka juga menanam periuk api dan menyasarkannya ke kenderaan polis, kakitangan kerajaan dan tapak ekonomi penting.

Ujar agensi berita Saudi Press Agency, 81 lelaki itu melibatkan 73 warga Saudi, tujuh warga Yaman dan seorang warga Syria yang turut didakwa atas tuduhan setia kepada organisasi pengganas asing seperti ISIS, al-Qaeda dan Houthis serta memegang kepercayaan menyeleweng.

Malah, ada antara mereka yang pergi ke zon konflik untuk menyertai organisasi pengganas.

Rekod hak asasi kerajaan itu mendapat kritikan keras daripada pihak Barat sejak kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018.

Namun, kerajaan itu akan bertegas dan tetap dengan pendirian tidak berbelah bahagi terhadap keganasan dan ideologi ekstrimis yang mampu mengancam kestabilan seluruh dunia.

Arab Saudi turut menafikan tuduhan pencabulan hak asasi manusia dan menekankan bahawa undang-undang yang dikuatkuasakan itu adalah untuk melindungi keselamatan negaranya.

Kali terakhir Arab Saudi melakukan hukuman besar-besaran adalah pada 2016, di mana kerajaan itu menghukum mati 47 orang, termasuk seorang pemimpin Syiah yang telah mengadakan demonstrasi di kerajaan itu.

Pada 2019, kerajaan itu telah melaksanakan hukuman penggal kepala terhadap 37 warga Saudi yang kebanyakannya minoriti Syiah atas dakwaan jenayah berkaitan keganasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: