Tempatan

Mana Bukti Bank Hantar TAC?? – Mangsa Duit Hilang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 September 2022 – Sebuah akaun di Facebook telah memuat naik satu hantaran mengenai isu adiknya yang kehilangan wang di dalam akaun sebuah bank secara tiba-tiba, tanpa sebarang notifikasi.

Akaun yang menggunakan nama Zaed Hosni itu mendakwa bahawa adiknya telah menjadi mangsa penggodam yang telah menyebabkan kehilangan wang sebanyak RM18,000. Menurut Zaed Hosni, kesemua transaksi yang menyebabkan adiknya kehilangan wang tersebut adalah berlaku tanpa sebarang notifikasi TAC.

Namun apabila laporan dibuat di bank berkenaan, pegawai bank tersebut menyatakan bahawa isu ini adalah disebabkan “kecuaian pemilik akaun”.

“Tapi bila bagitahu pihak bank yang adik langsung tiada menerima apa-apa T&C untuk kesemua transaksi itu diorang kata boleh jadi adik awak padam mesej itu,” tulis Zaed Hosni dalam menceritakan tentang maklum balas pegawai bank tersebut.

Kemudian beliau bertanya pula kepada pegawai tersebut jika pihak bank telah menghantar notifikasi TAC kepada adiknya, maka beliau ingin melihat bukti mengenai TAC yang dikatakan sudah dihantar kepada adiknya itu. Persoalan beliau itu, menurutnya, langsung tidak dijawab.

Beliau juga mempersoalkan apakah pihak bank serta pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa dalam hal ini, kerana menurutnya, terdapat butiran lengkap mengenai penerima wang bagi transaksi.

Hantaran tersebut telah mendapat maklum balas warga maya yang juga menceritakan pengalaman sama yang mereka hadapi sebelum ini.

Pengamal undang-undang, Nur Aminahtul Mardian Md Nor berkata, mangsa scammer boleh mengemukakan saman terhadap institusi kewangan yang terlibat kerana cuai dalam menjaga data peribadi kewangan pelanggan sehingga berlakunya kerugian.

“Mangsa berhak untuk berbuat sedemikian berikutan pihak bank yang gagal dalam menjalankan tanggungjawab untuk menjaga wang simpanan pelanggan biarpun kecuaian itu berkemungkinan datang daripada mangsa sendiri,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: