Tempatan

i-Citra 3.0: Jangan Guna Duit Rakyat, Tapi Guna Duit Kerajaan – MTEM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KENYATAAN MEDIA

11hb Januari 2022

MTEM ingin menyokong kenyataan, pandangan dan saranan pakar-pakar seperti Profesor Barjoyai Bardan, Profesor Razman , NGO-NGO seperti Gerakan Keadilan Monetari (MMJ) & Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang tidak bersetuju i-Citra dibuat untuk kali ketiga:

1.Semua sudah maklum berkenaan fakta melalui statistik terkini. Persoalannya, kumpulan mana yang ingin kita bantu dengan cadangan i-Citra 3.0 ini? Yang ramai dan membentuk majoriti pencarum atau sebaliknya?

2.Hakikatnya, berdasarkan statistik terkini daripada KWSP, selepas pengeluaran i-Citra 2 kali sebelum ini, kebanyakan Bumiputra hanya akan mempunyai baki simpanan kurang daripada RM200 sebulan setelah mereka bersara.

3.1 daripada 2 Bumiputra atau 50% hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka ketika ini.

4. Sekiranya i-Citra ke-3 dibenarkan, jumlah Bumiputra yang mempunyai kurang daripada 10k akan meningkat ke lebih 60%.

5. Cadangan i-citra ke-3 ini kesannya bukan hanya kepada mereka yang akan menghakis simpanan persaraan mereka, tetapi akan memberi kesan juga pada pencarum-pencarum lain kerana bukan semua aset KWSP mudah dicairkan kepada tunai. Ini kerana 96% telah dilabur dalam bentuk bon, saham dan hartanah – tempatan dan luar negara. Jika aset berbentuk jangka panjang atau aset di luar negara, dijual dengan segera – nilai diperolehi kemungkinan besar akan lebih rendah dan tidak optimum. Ini akan beri kesan pada pulangan pada caruman secara keseluruhan.

Namun demikian, yang pasti, apa yang ditawarkan oleh kerajaan belum meyakinkan sebilangan mangsa-mangsa banjir, sama ada dari segi jumlah atau kaedah penyaluran bantuan, untuk mereka bangkit semula secepat mungkin. Mereka memerlukan kewangan yang besar untuk membaiki rumah (pintu rumah, wiring lektrik, dan lain-lain); menggantikan peralatan dan perabut; membaiki kenderaan dan lain-lain. Bagi yang meniaga peralatan-peralatan perniagaan juga perlu dibaiki atau diganti.

Oleh itu, MTEM mencadangkan penambahbaikan bentuk bantuan-bantuan dimana sebahagiannya telah diumumkan kerajaan:

• Kerajaan memberi untuk setiap isi rumah , sebahagiannya dalam bentuk bantuan tunai (lingkungan RM10,000) sebaiknya sebelum akhir bulan, secara one-off.

• Sebahagian lagi bantuan berbentuk pinjaman tanpa riba (maksima RM25,000) dibayar balik dalam jangka 6 tahun, dengan tahun pertama diberi secara ihsan (grace period).

Kunci utama kejayaan dan impak bergantung kepada kepantasan bantuan-bantuan ini diberi pada setiap mangsa yang terkesan.

Hakikatnya bantuan melalui KWSP telah pun digunakan sebanyak lebih dua kali. Oleh itu, tiba masa untuk pihak fikirkan solusi lain untuk menyelesaikan masalah ini yang merangkumi:

A. Penggubalan dasar kerajaan untuk membolehkan kerajaan memberi lebih banyak wang tunai kepada rakyat secara langsung menggunakan perbelanjaan pembangunan dan tidak terhad menggunakan perbelanjaan operasi yang membolehkan. Ini termasuklah membenarkan kerajaan berhutang lebih lagi demi kelangsungan mangsa bencana.

B. Pelupusan sebahagian Hutang atau Faedah Hutang bagi semua jenis pinjaman yang diberi Institusi Kewangan termasuk Bank-bank swasta bagi semua mangsa bencana.

Sekiranya kerajaan mengalah dengan desakan ini, ia bagaikan pepatah Melayu, harapkan pegar, pegar makan padi bagi kebanyakan pencarum KWSP yakni majoriti rakyat Malaysia, dimana mereka akan dihambat kemiskinan yang lebih dasyat lagi, di masa depan.

Tuan Haji Azlan Awang (Felo Kanan) & Ahmad Yazid Othman (Felo Kanan)

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: