Tempatan

Harga Siling Ayam: Data Pasaran Yang Menipu Atau Data Kementerian Yang Bermasalah? – MTEM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2022 – Abdul Halim Husin, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mempersoalkan kesahihan data pasaran dan data Kementerian mengenai harga siling ayam.

“Data pasaran yang menipu atau data Kementerian yang bermasalah?”

Dalam kenyataan media mereka baru-baru ini, persoalan timbul mengenai harga siling ayam yang ditetapkan pihak kerajaan serendah RM8.90 namun tidak selari dengan data yang diperolehi.

Tambah beliau, dapatan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menunjukkan kos pengeluaran ayam tempatan melebihi harga siling ayam yang ditetapkan. Bilangan ayam import yang boleh diperolehi pada harga ini juga terhad.

Turut membimbangkan, hanya syarikat besar sahaja yang mampu namun tindakan ini akan merugikan kebanyakan pengusaha dan rantaian bekalan ayam yang bergantung padanya di mana majoriti mereka adalah di kalangan peniaga Bumiputera.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, masalah ini hanya boleh diselesaikan sekiranya dilaksanakan beberapa langkah tambahan.

Jelas beliau, jika perkara ini tidak diperhalusi, pasaran akan terus dimonopoli oleh kartel yang mempunyai modal sahaja dan sebarang penambaikan yang Kerajaan atau rakyat harapkan tidak akan berlaku secara pantas.

Leave a Reply

Back to top button