Tempatan

Kesan CPTPP: Hampir Semua Barangan Buatan Tempatan Tidak Akan Dilindungi – Tuan Haji Azlan Awang, Felo Kanan MTEM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 09 Disember 2022 – “CPTPP memerlukan Malaysia untuk mensifarkan tarif import pada semua (100%) barangan import masuk ke Malaysia. Ini bermakna hampir semua barangan buatan tempatan tidak akan dilindungi (kecuali daging ayam, khinzir, telur dan susu),”ujar Tuan Haji Azlan Awang, Felo Kanan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Jelasnya, hal ini akan mewujudkan satu keadaan di mana lambakan barangan dari negara-negara CPTPP akan berlaku yang mana akan melemahkan perniagaan tempatan terutama pengusaha SME.

Di mana dijangkakan, kemungkinan besar banyak syarikat tempatan akan terpaksa gulung tikar dan mengakibatkan ramai pekerja akan hilang pekerjaan. Berdasarkan fakta, SME setakat ini memberi pekerjaan kepada lebih 60% dari jumlah pekerja di Malaysia.

CPTPP Tidak Meningkatkan Export Malaysia Secara Substantial

Beliau yang juga merupakan jurucakap Gabungan Kedaulatan Negara itu menjelaskan, hakikatnya prestasi export negara kini sudah amat baik, sebaliknya peningkatan yang diunjurkan dengan penyertaan CPTPP tidaklah begitu besar atau signifikan. Namun kos , ancaman dan risiko menyertai CPTPP jauh lebih tinggi dari manfaat yang mampu diperoleh.

Jumlah eksport negara TANPA CPTPP – RM980 bil (2019), RM1,240 bil (2021) pertumbuhan 11% dalam 3 tahun – berasaskan FTA sediada dan peraturan WTO.

CBA (Analisis kos-faedah yang disediakan oleh MITI/PwC) meramal pertumbuhan mencapai hanya RM1,487 bil pada 2030 iaitu pertumbuhan hanya 4% (2019-2030) bawah senario terbaik di mana UK, China sertai CPTPP.

Berbanding tanpa CPTPP, berasaskan tren pertumbuhan yang telah di capai antara 2016-2021 Malaysia mudah dan mampu mencapai jumlah export sehingga RM1,800 bil pada tahun 2030.

Menurut Azlan Awang lagi, CBA (MITI/PwC) sebenarnya mendapati bahawa menjelang 2030 dengan pelaksanaan CPTPP, import tambahan ke Malaysia akan melebihi eksport tambahan dari negara CPTPP yang lain. Ini bererti lebihan perdagangan (trade surplus) negara akan berkurangan.

Negara seperti Jepun, Vietnam dan Kanada menyimpan tarif untuk produk sensitif mereka dan tidak komited untuk mengurangkan 100% produk mereka kepada tarif sifar.

Jepun hanya komited mensifarkan 95% dari ke semua produk yang diimport ke Jepun, manakala Canada dan Vietnam pula komited mensifarkan 97% produk.

Malaysia sebaliknya mensifarkan hampir 100% produk yang diimport ke Malaysia. (Hanya ayam, khinzir, telur dan susu dilindungi melalui kuota kadar tarif, TRQ)

Malaysia sudah pun meterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan 7 dari 10 negara-negara CPTPP Cuma dengan Canada, Mexico, Peru kita belum ada apa-apa perjanjian. Walaubagaimanapun jumlah export dengan 3 negara ini hanya 1.3% dari jumlah export keseluruhan. Buat masa ini kadar tarif import dengan Canada, Mexico dan Peru adalah berasaskan WTO (World Trade Organisation) yang tidaklah begitu tinggi dari segi tarif purata.

Kita lihat, Taiwan adalah destinasi export yang ke-6 terbesar untuk Malaysia pada tahun 2019 walaupun Malaysia tidak mempunyai apa-apa perjanjian perdagangan bebas dengan Taiwan.

Jika didapati amat strategik untuk Malaysia pertingkatkan perdagangan dengan Canada, Mexico dan Peru – cara alternatif yang lebih selamat adalah untuk kita mengadakan perjanjian dua-hala (bilateral) dengan negara-negara tersebut.

Ruang dasar disempitkan, hasrat kerajaan baharu untuk tangani masalah rakyat akan disekat

Menurutnya, masa yang lebih bergelora akan datang dan Malaysia tidak sepatutnya terikat untuk mengambil langkah berani yang diperlukan segera kerana dikhuatiri CPTPP akan turut menyekat kerajaan baharu daripada mempunyai ruang dasar maksimum untuk melindungi kepentingan awam dan kebajikan rakyat.

Tambah beliau, walaupun Kerajaan baru juga telah menyatakan hasrat untuk menangani masalah kos sara hidup, mengatasi kerentanan dan kesenjangan dikalangan rakyat; termasuk merangsang ekonomi yang berdepan dengan kemungkinan kemelesetan ekonomi global pada tahun hadapan (2023). Dan kita juga belum pulih sepenuhnya dari krisis ekonomi akibat pandemik covid. Ini semua memerlukan ruang dasar yang luas,”ujarnya.

Jelas beliau, ruang dasar bermaksud ruang untuk kerajaan membuat dasar baharu, menggubal undang-undang baru, mengambil tindakan tertentu melalui arahan dan surat pekeliling dan lain-lain.

Semua ini, sekarang perlu merujuk pada peraturan CPTPP yang amat ketat.

Kerajaan boleh disaman terus di tribunal swasta ISDS

Dan jika kerajaan Malaysia membuat dasar baru yang dianggap oleh pelabur asing melanggar peraturan CPTPP, serta dianggap menjejaskan keuntungan mereka – mereka boleh menyaman Kerajaan Malaysia di bawah tribunal timbang tara swasta (Investor-State Dispute Settlement atau ISDS).

Pelabur asing tak perlu buat tuntutan atau saman melalui mahkamah tempatan di Malaysia. Mereka boleh terus saman kerajaan Malaysia melalui tribunal timbang tara swasta ISDS tersebut.

Menurutnya, tuntutan ISDS boleh melangkau berbillion ringgit. Contoh, pada tahun 2019 Pakistan dihukum untuk membayar pampasan sebanyak US$5.9 bilion kepada sebuah syarikat perlombongan dari Australia. Kos purata untuk guaman pembelaan dan arbitrasi sebuah kes ISDS hampir RM100 juta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: