Isu CPTPP: Hanya Untungkan Pasaran Eksport Sebaliknya Pasaran Import Bahayakan PKS dan Sektor Pekerjaan – Ahmad Yazid Othman
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 06 Disember 2022 – “Dapatan kita jika CPTPP dilaksana maka hanya mereka yang menguasai pasaran eksport akan menjana keuntungan tapi import akan membahayakan pengeluar tempatan yakni Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) sekaligus sektor pekerjaan,” ujar Felo Kanan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid Othman.
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan berhubung kenyataan MITI yang sebelum ini, berpandangan Malaysia akan untung besar dengan mengambil bahagian dalam blok ekonomi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang aksesnya tertumpu kepada beberapa ekonomi besar seperti Jepun, Kanada dan Australia kerana barangan serta perkhidmatan kita yang dikatakan akan masuk ke negara-negara maju ini tanpa sebarang cukai.
“Sebab itu, MTEM berpendirian berbeza kerana kita turut mengambil kira pelbagai faktor lain selain melihat keuntungan yang akan diterima ini akan tersalur pada siapa dan adakah jumlahnya lebih signifikan?” soalnya.
Menurutnya, sedangkan jumlah peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga tidak ketara kerana hanya menambah tiga negara baru.
Walhal, kita boleh sahaja adakan perjanjian dua hala yang customised buat dua pihak tanpa memaksa pembukaan ruang ekonomi lain,” ujarnya.
Beliau turut bersetuju dengan dakwaan Consumers Association Penang (CAP) bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah underestimate analisa cost benefit CPTPP kepada negara kita namun persoalannya bagaimana ini boleh berlaku?
“Perkara itu memang benar tetapi kajian direka untuk melebihkan kesan faedah tanpa memperhalusi kesan kos yang ditanggung negara. Malah, dalam kajian juga mengakui kos-kos ini namun, apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan kesan buruk, tapi kita ratify juga.”
Sebelum ini, ada yang samakan CPTPP ini sama dengan penjajahan bentuk baru atau Perjanjian Pangkor 2.0 dan beliau berpandangan perkara itu sama saja kerana semua urus niaga kita walaupun dalam negara tetapi pasti akan terkesan dengan DNA yang tertakluk pada perjanjian ini.
Jelasnya lagi, mahkamah kita juga tertakluk pada perjanjian ini dan selama mana kita terus membenarkan maka kedaulatan kita seperti tidak lagi menjadi utama.
Persoalannya, bagaimanakah perjanjian ini bakal mengganggu gugat peniaga-peniaga kecil, peniaga jalanan dan apakah yang boleh kita buat untuk menyedarkan kumpulan ini?
Ahmad Yazid Othman berkata, bukan sahaja peniaga kecil, tapi vendor-vendor atau PKS-PKS juga terkesan sebenarnya.
“Sehingga kini, kita sedang melakukan penerangan kerana ia sukar difahami disebabkan perjanjian itu ditulis setebal 2000 muka surat dalam bahasa perundangan canggih,” katanya.
Tambah beliau, dalam beberapa tahun, kita akan dapati barangan tempatan akan berkurang, pekerjaan akan berkurang dan perkara ini pasti akan memberi kesan pada pengguna secara amnya.
“Rantaian bekalan kita juga kelak akan sukar dibangunkan dan pengguna mungkin akan rasa gembira seketika sebelum rantaian bekalan kita terus dikuasai orang lain dan jumlah import di lambak dalam negara,” katanya.
Justeru, Kerajaan perlu ruang luas untuk reformasi sistem ekonomi negara demi kemakmuran semua kerana apa yang jelas di sini adalah CPTPP pasti akan hanya mengganggu gugat, jelasnya mengakhiri kenyataan.