Tempatan

KWSP Sedia Pertimbang Permohonan Naikkan Pengeluaran Haji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2023 – “Kami maklum, kos menunaikan haji telah meningkat agak tinggi terutama golongan berpendapatan tinggi dan sederhana, dan kita akan pertimbangkan jika ada permohonan untuk menaikkan jumlah pengeluaran haji.”

Demikian jelas Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurhisham Hussein mengenai kenaikan jumlah pengeluaran wang KWSP untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut laporan, pengeluaran simpanan KWSP untuk menunaikan haji hanya dibenarkan melalui Akaun 2 sahaja dengan jumlah tidak melebihi RM3,000 namun pihak KWSP akan mempertimbangkan kenaikan jumlah pengeluaran sekiranya ada permintaan daripada Kerajaan.

BACA JUGA: Kerajaan Kaji Penyelesaian Beban Para Guru

BACA JUGA: ‘Buka Puasa Di Gereja’: Mantan Menteri Kongsi Video, Mahu Malaysia Belajar

BACA JUGA: Berhenti Eksploitasi Orang Asli – Titah Sultan Johor

Tambahnya, kemudahan tersebut mula diperkenalkan pada hujung tahun 2012 dan pengeluaran telah bermula Januari 2013. Hingga kini, hampir RM12 juta telah dikeluarkan oleh 4,337 pencarum KWSP untuk ibadah haji sejak ia diperkenalkan.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH), Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa jemaah haji kumpulan T20 dikehendaki membayar keseluruhan kos haji iaitu RM30,850.

Manakala jemaah B40 menerima bantuan haji sebanyak 61 peratus dan perlu membayar RM10,980 sementara M40 pula hanya perlu bayar RM15,980.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: