Tempatan

Pembelian Saham Adik Azam Baki Dibenarkan Di Bawah Peraturan Akta SC? – QIAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2022 – Presiden Pertubuhan Gerakan QIAM, Dato’ Sirajuddin Hj Salleh mengkritik kenyataan Tan Sri Azam Baki (TSAB), apakah dibenarkan di bawah peraturan Akta Security Commission untuk Nasir Baki menggunakan nama dan akaun beliau untuk membeli saham.

“Jika adiknya yang membeli saham menggunakan akaun TSAB, apakah cara ini dibenarkan di bawah peraturan Akta Security Commission?”

Lanjutan daripada itu, Pertubuhan Gerakan QIAM menuntut pencerahan mengenai perkara tersebut.

QIAM juga turut menuntut penjelasan mengenai siapakah sebenarnya yang membeli saham dan jika TSAB yang membeli saham, apakah beliau telah membuat permohonan kepada Lembaga Tatatertib yang berwajib untuk kelulusan.

Selain penjelasan mengenai kelulusan Lembaga Tatatertib yang berwajib, TSAB juga perlu menjelaskan daripada mana wang sebanyak itu diperolehi.

Ini kerana keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi LPPR adalah agak “premature” jika persoalan-persoalan di atas tidak mendapat penjelasan terlebih dahulu, ujar Dato’ Sirajuddin.

“Isu pembelian saham oleh Ketua Pesuruhjaya, SPRM perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan ia melibatkan seorang penyandang jawatan terkanan SPRM, sebuah badan terpenting dalam membanteras rasuah di negara ini.”

Sehubungan dengan itu, sukacitanya QIAM menyarankan supaya sekurang-kurangnya satu Jawatan Kuasa Bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan menyediakan laporan kepada kerajaan supaya kes ini dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.

“Sementara siasatan berjalan, TSAB eloklah dikeluarkan dari SPRM dan diletakkan dalam Jawatan Kumpulan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: