Tempatan

LIMA ’23: Ruang Udara Langkawi Ditutup 18-27 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 18 Mei 2023 – Ruang udara Langkawi ditutup bermula 18 Mei 2023 hingga 27 Mei 2023 sempena program Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2023 (LIMA ’23).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud, penutupan itu adalah seperti yang diterbitkan dalam Aeronautical Information Publication (AIP) Supplement bersempena penganjuran program tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa pengoperasian dron di Langkawi juga adalah dilarang bermula dari 18 Mei 2023 hingga 27 Mei ini.

BACA JUGA: Perlis Bina Telaga, Persediaan Darurat Iklim

BACA JUGA: Kepala Babi Dijadikan Bantahan Masjid Kecil Daegu

BACA JUGA: Campur Tangan AS Dalam Isu Taiwan Bahaya-China

“Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan.

Hal ini kerana, katanya, penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara sepanjang penganjuran LIMA ’23.

Justeru, sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3], Peraturan 98 dan Peraturan 140-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

Untuk rekod, LIMA ’23 dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 27 Mei ini dengan tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

Lebih 600 syarikat yang terdiri daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa dijangka menyertai acara ini sekali gus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: