Antarabangsa

Arab Saudi Benar 1 Juta Jemaah Haji Bawah 65 Tahun

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 11 April 2022 – Kerajaan Arab Saudi membenarkan kuota 1 juta jemaah haji berumur di bawah 65 tahun menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini.

Pengumuman itu termasuklah bagi para jemaah dari dalam dan luar negara.

Keputusan berkenaan dibuat bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang akan melawat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di samping memastikan seramai mungkin umat Islam dapat melaksanakan ibadah tersebut dengan selamat.

Selain itu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadah ini dibenarkan bagi mereka yang berumur bawah 65 tahun dan sudah lengkap menerima suntikan vaksinasi COVID-19 sepenuhnya.

Jemaah luar negara juga wajib menunjukkan keputusan negatif bagi ujian calitan tindak balas rantaian polymerase (PCR) COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

Kementerian Haji dan Umrah turut menekankan kepentingan para jemaah dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan selama tempoh melaksanakan ibadah haji.

Leave a Reply

Back to top button