Antarabangsa

Jenayah Penipuan: Jemaah Umrah Dinasihatkan Pihak Berkuasa Arab Saudi Berhati-Hati

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 03 April 2023 – Pihak berkuasa Arab Saudi telah membuat kenyataan menasihatkan para jemaah umrah agar mereka tidak membawa sejumlah wang yang banyak dan barang-barang berharga sewaktu berada di negara tersebut untuk menunaikan umrah.

Di dalam sebuah hantaran di Twitter, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menasihatkan agar para jemaah tidak membawa jongkong emas, batu permata yang berharga serta logam berharga secara umumnya serta hanya membawa wang tunai tidak lebih daripada SAR60,000 (RM70,709.55).

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari 30 Ramadan Ini

BACA JUGA: Laluan Utama Jalan Terengganu-Kuantan Ditutup Mulai Esok

BACA JUGA: Mogok Doktor Kontrak, PM Digesa Campur Tangan

Pihak berkuasa tersebut turut menyeru agar para jemaah memuat turun aplikasi perbankan daripada laman rasmi mereka. Jemaah juga turut dinasihatkan agar tidak mendedahkan perincian akaun bank mereka atau membuat pemindahan wang kepada pihak yang tidak diketahui.

Selain itu, pihak berkuasa juga telah menasihatkan agar para jemaah mengabaikan sebarang mesej teks daripada sumber yang tidak diketahui. Para jemaah juga dinasihatkan agar membuat laporan terhadap kementerian atau pihak yang berkenaan jika mereka mengesyaki terdapat sebarang penipuan, ataupun jika terdapat jemaah yang telah menjadi mangsa penipuan.

Pada Mac lalu, kementerian berkenaan telah menyeru agar orang Islam menunaikan hanya satu kali umrah pada bulan Ramadan bagi mengurangkan kesesakan serta memastikan perjalanan yang lancar bagi para jemaah.

Orang Islam di seluruh dunia boleh membuat permohonan bagi menunaikan umrah menerusi aplikasi Nusuk, di mana aplikasi tersebut dapat membantu menyusun keseluruhan perjalanan dalam menunaikan ibadah tersebut termasuklah hal permohonan eVisa serta tempahan penginapan dan penerbangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: