Jemaah Umrah: “Mereka Tak Patut Diberi Layanan Istimewa” – Siti Kasim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Pengamal undang-undang, Siti Kasim, mempersoalkan kewajaran kerajaan menanggung pembiayaan kos penempatan bagi jemaah umrah yang perlu menjalani kuarantin sejurus tiba di Malaysia.
“Kenapa kerajaan yang menanggung pembiayaan mereka? Mereka yang pilih untuk ke luar negara di musim pandemik. Mereka tak patut diberi layanan istimewa,” ujar beliau dalam sebuah hantaran di laman Facebook.
“Mereka sepatutnya tanggung kos sendiri sama macam orang lain yang balik dari perjalanan ke luar negara,” menurut beliau dalam hantaran yang sama.
Beberapa pengguna laman Facebook yang lain turut menyokong pendapat beliau, antaranya sebuah komen yang menyatakan:
“Saya harap kerajaan akan tanggung kos kuarantin masyarakat Kristian yang baru pulang dari ‘Lourdes Pilgrimage’. Jika tidak ianya hanyalah dasar perkauman, berat sebelah dan diskriminasi yang disokong oleh kerajaan,” ujar seorang pengguna laman Facebook.
Beberapa pengguna lain mempersoalkan kewajaran usaha kerajaan menanggung kos kuarantin jemaah umrah.
“Saya nak ke Jerusalem bagi melaksanakan ziarah agama Kristian. Adakah kerajaan akan tanggung kos kuarantin saya sejurus pulang?” soal pengguna Facebook yang lain.
Baru-baru ini Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menanggung kos kuarantin jemaah umrah yang baru pulang ke tanah air, seperti yang dilaporkan dalam portal Free Malaysia Today.