Tempatan

Kerajaan Tanggung Kerugian Jemaah Umrah, Cuma Bawa Kad Pengenalan


Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 12 Februari 2022 – “Tidak perlu daftar. Bawa kad pengenalan sahaja. Apabila senarai nama diberi kepada MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya), jadi MOTAC akan beri kepada Tabung Haji.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menjelaskan bahawa tiada proses pendaftaran yang akan berlaku memandangkan senarai nama akan diberi oleh agensi pelancongan yang mengendalikan umrah mereka.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Ibu Muda Dirogol Berkumpulan Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak

Jemaah umrah yang bakal menerima bayaran ganti rugi disebabkan penangguhan sementara ibadah umrah hanya perlu membawa kad pengenalan masing-masing ke mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk tuntutan ganti rugi.

Tambah Datuk Idris Ahmad, kerajaan akan menyemak untuk memastikan kewujudan akaun senarai nama jemaah tersebut dan kemudian arahan akan dikeluarkan untuk pengambilan bayaran di mana-mana kaunter Tabung Haji.

“Kita akan ambil nama (jemaah umrah yang terbabit) daripada agensi pelancongan, nama ini kita akan pastikan ‘clear’, betul ada akaun dia, maka kita suruh ahli jemaah pergi ambil (bayaran) di Tabung Haji.

Kerajaan sebelum ini melalui kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary akan membayar pampasan antara 50 hingga 60 peratus kerugian yang dialami oleh jemaah ekoran penangguhan sementara ibadah umrah.

Menurut beliau, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sedang dalam proses peringkat akhir untuk meneliti senarai nama jemaah yang menanggung kerugian akibat penangguhan umrah selama sebulan bermula 8 Januari lalu.

“Tabung Haji (TH) akan mengagihkan bayaran pampasan berkenaan melalui peruntukan yang disediakan kerajaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: