Antarabangsa

Haji 1444H: Saudi Kerah Lebih 8,000 Sukarelawan Dengan 200,000 Jam Kerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 04 Jun 2023 – Arab Saudi menetapkan lebih 8,000 peluang sukarelawan dengan jam kerja lebih 200,000 jam semasa musim haji tahun ini.

Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Dr Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais berkata sedemikian ketika mengumumkan rancangan operasi musim haji 1444H bersama-sama Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah.

Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa pelan operasi ini merupakan yang terbesar dalam sejarah jawatan presiden, sejak berakhirnya pandemik COVID-19.

BACA JUGA: Malaysia Dinobat ‘Destinasi Mesra Muslim Terbaik’ & ‘Destinasi Mesra Muslimah Terbaik’ Dunia

BACA JUGA: Lagu Pujian Kristian Ala Selawat Nabi, Umat Islam Dinasihat Berhati-Hati

BACA JUGA: HSP 3.0: Majikan Diseru Galakkan Pekerja Buat Saringan Kesihatan Percuma Di Hospital Kerajaan

Rancangan tersebut juga merupakan lanjutan daripada kejayaan cemerlang dan pencapaian jangka masa panjang Kerajaan Saudi, di bawah pemerintahan Raja Salman dan Putera Mahkota Saudi, yang sentiasa mengikuti secara teliti semua perkhidmatan yang disediakan buat para jemaah.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa pihaknya juga menyediakan perkhidmatan terjemahan, bimbingan ruang dan maklumat untuk para jemaah dalam 51 bahasa antarabangsa di 49 buah stesen.

Mengulas lanjut, Abdulrahman turut menyatakan bahawa rancangan ini menumpukan kepada beberapa paksi utama yang berkaitan dengan matlamat strategik Presiden untuk Haji 1444H berdasarkan Wawasan Saudi 2030.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: