Tempatan

Penarikan Rayuan Kes Kalimah Allah Bagi Kelebihan Politik Kepada Kerajaan – Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Seorang peguam telah membuat kenyataan bahawa keputusan Kerajaan dalam menarik balik rayuan bagi kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian berkemungkinan dapat memberi kelebihan ketika mana sokongan politik diperlukan di Sabah dan Sarawak.

Peguam tersebut, Rafique Rashid juga turut menyatakan bahawa Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) telah menarik balik permohonan bagi mengadakan semakan kehakiman bagi perkara tersebut pada minggu yang sama dengan notis penamatan bagi kes Jill Ireland.

BACA JUGA: Jabatan Penjara Benar Lawatan Keluarga 2 Hari Sempena Pesta Menuai

BACA JUGA: YPPM Gesa Isytihar Pondok Pesantren Di Jawa Barat Sebagai Sesat

BACA JUGA: Cuaca Panas: Aktivis Gesa Tindakan Realistik Diambil

Menurut Rafique, beliau berpandangan bahawa kumpulan-kumpulan tersebut mahu menegakkan hak mereka dalam mengamalkan agama Kristian di Sabah dan Sarawak dan mahu menggunakan perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang berkaitan dengan pengamalan mereka.

Ujarnya lagi, justeru apabila pihak Kerajaan memerlukan sokongan daripada Sabah dan Sarawak bagi mengekalkan mereka di Putrajaya, maka rundingan dan tolak ansur akan berlaku pada sudut hak orang Kristian dalam beramal dengan agama mereka di negeri-negeri tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, Rafique turut mempersoalkan tindakan pihak Kerajaan dalam mendiamkan diri pada awal kes sedangkan Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis tersebut pada 18 April dan isu ini hanya timbul pada bulan Mei.

Selain itu, Rafique turut mempersoalkan tentang afidavit yang dihantar oleh Syahredzan Johan, Abdul Aziz Bari serta Azmi Sharom yang menyatakan bahawa mereka tidak terkeliru dengan penggunaan kalimah tersebut oleh pihak Kristian, di mana Rafique menyatakan bahawa mereka bertiga itu tidak mencukupi untuk mewakili suara orang Islam di Malaysia.

Rafique juga menyatakan bahawa dalam kes Jill Ireland ini, pemegang taruh utama adalah Majlis-Majlis Agama Negeri dan juga Raja-Raja Melayu yang mempunyai bidang kuasa ke atas agama Islam di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: