Tempatan

Pertahan Kalimah Allah: PEMBELA Kebangsaan Hantar Memorandum Majlis Agama Islam Seluruh Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2021 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), hari ini telah menggerakkan seluruh NGO Islam yang bernaung di bawah payung PEMBELA Kebangsaan, menyerahkan memorandum kepada Majlis-Majlis Agama Islam seluruh negara bagi tujuan membantah kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dan meminta campur tangan Majlis-Majlis Agama Islam di dalam kes Kalimah Allah 2.0.

Serahan memorandum ini sebagai susulan kepada himpunan tergempar NGO Islam anjuran PEMBELA pada 14 Mac 2021. Serahan memorandum seluruh negara ini bagi merealisasikan resolusi yang telah dicapai di dalam himpunan 14 Mac 2021 tersebut.

Senarai Negeri Yang Telah Menyerahkan Memorandum Kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri

Wakil PEMBELA TERENGGANU

Memorandum Isu Kalimah 2.0 pertama sekali dihantar oleh PEMBELA Terengganu yang diwakili oleh beberapa NGO Islam Terengganu diketuai oleh Tuan Guru Syed Suhaimi bin Syed Hassan Abd Hadi al Aydarus. Tuan Guru Syed Suhaimi mewakili Persatuan Guru-Guru Agama Pondok Pantai Timur dan 9 NGO Islam Terengganu yang lain.

Terengganu.jpeg?resize=780%2C585&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Terengganu

Memorandum diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu itu diterima oleh Tn Hj M. Rozi bin Hj Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di pejabat MAIDAM.

Wakil PEMBELA SELANGOR

Memorandum kedua diserahkan oleh PEMBELA negeri Selangor melibatkan NGO PERKID, Amal Sejagat, MUAFAKAT, ISMA dan PEMBINA kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Selangor.jpeg?resize=780%2C554&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Selangor

Memorandum diterima oleh Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Tn Suhaimi Ismail bagi pihak Pengerusi MAIS.

Wakil PEMBELA PERAK

PEMBELA Perak diketuai oleh Amiruddin bin Hj Mohd Daud yang lebih dikenali sebagai Tok Anjang telah menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YABh. Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini.

Perak.jpeg?resize=780%2C584&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Perak

Antara NGO yang terlibat adalah Jalinan Bersatu Sahabat Perak (JABAT), ISMA, Sahabat Gerik dan 35 NGO Islam Perak yang lain.

Sahabat Gerik menyerahkan memorandum di Pejabat Majlis Agama Islam Perak cawangan Gerik.

Wakil PEMBELA PAHANG

Di Pahang pula, kumpulan PEMBELA telah menyerahkan Memorandum Isu Kalimah Allah 2.0 kepada KDYMM Pemangku Raja, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melalui Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman.

Pahang.jpeg?resize=780%2C585&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Pahang

Wakil PEMBELA KELANTAN

Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah dari PEMBELA negeri Kelantan pula menyerahkan memorandum kepada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Hjh Siti Meriam Binti Mohamed Noor.

Kelantan.jpeg?resize=780%2C585&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Kelantan

Wakil PEMBELA KUALA LUMPUR

Serahan memorandum di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula diketuai oleh Ketua Media PEMBELA & Wakil PEMBELA Pusat, Hj Rashidi Haris.

KL.jpeg?resize=780%2C585&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Kuala Lumpur

Wakil PEMBELA PERLIS

Di Perlis, memorandum diserahkan kepada En. Makrufi Bin Husin, Pembantu Hal Ehwal Islam Negeri Perlis, Jabatan Mufti Negeri Perlis oleh Noor Irwan Shah Bin Nardi dari Pertubuhan Kebajikan Pejuang Legasi Bangsa.

Perlis-2.jpeg?resize=780%2C585&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Perlis
Perlis.jpeg?resize=780%2C585&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Perlis bersama En. Makrufi Bin Husin, Pembantu Hal Ehwal Islam Negeri Perlis, Jabatan Mufti Negeri Perlis

PEMBELA Melaka

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka Tengah, YBrs. Dr. Khair Razlan bin Othman pula mewakili 23 NGO PEMBELA Melaka menyerahkan memorandum kepada Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil di Jabatan Mufti Negeri Melaka

Melaka.jpeg?resize=780%2C780&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Melaka bersama dengan Mufti kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil

Wakil PEMBELA Pulau Pinang

Memorandum Isu Kalimah Allah 2.0 diserahkan oleh Saudara Azmi Jaafar, mewakili Persatuan Anak Jati Pulau Pinang (PAJIM) dan beberapa NGO di Pulau Pinang. Serahan dibuat di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Penang.jpeg?resize=780%2C585&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Pulau Pinang sewaktu sesi serahan memorandum

Penang-2.jpeg?resize=780%2C585&is-pending-load=1#038;ssl=1

Wakil PEMBELA Sabah

Antara NGO yang menyokong penyerahan memorandum di Sabah adalah Pertubuhan Amal Bakti Dan Tarbiah Bumiputera Islam Sabah (ABATA Sabah), Persatuan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS), Al-KHALIDI dan Al-Asyairah Group ASWJ Sabah.

Sabah.jpeg?resize=780%2C461&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Sabah bersama Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan, Ustaz Haji Romzi Abdul Rahman

Abd Rahman Tajuddin mengetuai rombongan menyerahkan memorandum kepada Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan, Ustaz Haji Romzi Abdul Rahman dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Wakil PEMBELA Johor

Tuan Haji Mohd Tahir Bin Hamdan, Wakil PEMBELA Negeri Johor Merangkap Ketua Perhubungan Negeri ISMA Johor telah menyerahkan Memorandum Isu Kalimah Allah 2.0 kepada Timbalan Mufti Johor, Dato’ Hj Ahmad Faisal Bin Mohamed di Jabatan Mufti Johor.

jOHOR.jpeg?resize=780%2C513&is-pending-load=1#038;ssl=1
PEMBELA Johor bersama Timbalan Mufti Johor, Dato’ Hj Ahmad Faisal Bin Mohamed sewaktu sesi serahan memorandum

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: