Tempatan

BUKAN ISLAM DIBENAR GUNA KALIMAH ALLAH: KENYATAAN AKHBAR ISLAMI PAHANG

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KENYATAAN AKHBAR ISLAMI PAHANG

Kalimah Allah itu sebenarnya Allah SWT sendiri yg memberi namaNya.

Allah SWT juga yg mendefinisikan diriNya dalam Surah al Ikhlas. Surah al Ikhlas jelas menyatakan Allah itu Esa bukan Triniti dan Allah itu Tidak Beranak dan Diperanakkan. Juga Allah SWT itu tidak sama dengan makhluk seperti berjisim, berarah dan bertempat. Jelas ini adalah bertentangan dengan Tuhan yang disembah penganut agama Kristian.

Maka dengan definisi kalimah Allah yang begitu jelas lagi bersuluh, penganut agama Kristian sepatutnya merasa malu untuk terhegeh-hegeh merampas kalimah Allah sampai membawa isu kalimah Allah ke mahkamah.

Merampas sesuatu yang bukan menjadi hak milik kita adalah satu kejahilan dan kejahatan yang nyata.

Ternyata Kristian Sedunia pun tidak bersetuju dengan Kristian di negara ini yang mempunyai agenda untuk memporak-perandakan umat Islam dan mengelirukan penganut umat Islam.

ISLAMI Pahang dengan ini menyatakan bantahan yang tidak berbelah-bahagi terhadap tindakan penganut agama Kristian yang ingin merampas kalimah Allah untuk digunakan mereka kerana tindakan mereka ini boleh menimbulkan ketidakharmonian di kalangan rakyat di negara yang tercinta ini.

Ustaz Yunan A Samad
Timbalan Pengerusi ISLAMI Pahang

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: