Tempatan

Hina Kalimah Allah: PEMBELA Lancar Tabung Kilat & Bantuan Guaman Untuk 5 Penghantar Makanan

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PETALING JAYA, 12 Jun 2021 – Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA) sebentar tadi melancarkan Tabung Kilat Bantuan untuk 5 orang penghantar makanan yang sedang disiasat atas tuduhan merusuh berikutan provokasi melampau yang dibuat oleh salah seorang pelanggan servis penghantaran makanan.

Tular semalam beberapa video yang menunjukkan pesanan seorang pelanggan yang mempersenda Kalimah Allah dengan menamakan sebahagian namanya sebagai Anak Allah telah mencetuskan kemarahan melampau pelbagai pihak.

Sebagai respons, sekumpulan pemuda penghantar makanan hadir di tempat kejadian untuk menyatakan bantahan serta teguran kepada lelaki berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh dan berlaku pergelutan semasa proses mahu menghantar lelaki yang mencetuskan provokasi tersebut ke balai polis untuk tindakan.

5 pemuda penghantar makanan tersebut, ditahan dan telah dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan tahanan reman.

Menurut Datuk Zainul Rijal, Timbalan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang juga Pengerusi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang hadir mewakili pemuda-pemuda tersebut, kesemua mereka mendapat perintah tahanan reman selama dua hari. Turut bersama PEMBELA di mahkamah ialah peguam-peguam dari Persatuan Pengguna Semboyan, Pejuang Nusantara dan wakil Persatuan Penghantar Makanan, En Zulhilme.

Sebagai bantuan kepada 5 pemuda tersebut, PEMBELA turut melancarkan Tabung Derma Kilat bagi membantu menguruskan wang jaminan dan keperluan-keperluan perundangan dan kebajikan mereka di dalam kes ini.

Derma boleh disalurkan melalui Tabung PEMBELA seperti yang tertera di bawah.

1. Online bit.ly/BelaRiderKalimahAllah

2. Bank-in terus ke akaun CIMB PEMBELA 8604296996 (perlu maklum ke [email protected]).

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button