Tempatan

Malaysia Hilang Jururawat Kerana Gaji Sedikit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 22 Mei 2022 – Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, sektor perkhidmatan jururawat di negeri itu berdepan kekurangan tenaga kerja di antara 15,000 hingga 18,000 orang kerana golongan terbabit lebih tertarik untuk bekerja di Singapura.

Ini berikutan mereka mendapat tawaran yang lebih baik di sana.

“Difahamkan antara sebab jururawat kita berkerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia apabila mata wang ditukar,” kata Ling Tian Soon menurut BFM.

Berdasarkan komen pengguna media sosial, majoriti bersetuju sebab utama kalangan jururawat dan golongan profesional lain lebih memilih untuk berkhidmat di negara luar adalah kerana tawaran gaji yang lebih baik dan berbaloi berbanding di Malaysia sendiri.

“Saudi yang mempunyai kadar pertukaran yang serupa dengan MYR juga membayar lebih baik. Jadi ini bukan soal nilai ringgit tetapi mengakulah kebanyakan rakyat Malaysia dibayar gaji yang sedikit dalam peranan profesional,” ujar Ir_Riaz dalam Twitternya.

“Jururawat di Singapura gaji basic SGD3.5K. Tapi dekat Malaysia RM1.8K.”

“Ia bukan sahaja mengenai kadar pertukaran mata wang, walaupun anda tidak menukarnya, gaji mereka jauh lebih tinggi,” kata Sarah, seorang pekerja dalam bidang profesional.

Perkara ini juga diakui oleh Sanusi Zulkifli, seorang doktor.

“Tidak lama lagi, doktor-doktor pun akan pergi. Saya pun tengah pertimbang untuk pergi. Penjagaan kesihatan Malaysia perlukan rombakan segera!!” ujarnya.

Annie Rosly pula memberi komen, “Kita bergembira kerana mempunyai jururawat dan paramedik yang dibayar murah berabad lamanya yang telah mengharungi kerja keras yang menuntut pengorbanan peribadi dan keluarga demi gaji yang sedikit… Hanya mereka yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan yang tahu… Anda tidak pernah menghargai mereka semasa anda dalam keadaan baik.”

Menurut portal Utusan, majikan Malaysia disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.

Angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini berbanding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus) di bandar-bandar utama negara berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: