Mesti Sanggup Bayar Lebih Jika Mahu Gaji Naik, Menteri Kewangan Singapura
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SINGAPURA, 18 Januari 2023 – Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong pada Isnin lalu telah membuat kenyataan bahawa para pengguna di negara tersebut hendaklah sanggup untuk membayar lebih untuk beberapa barangan dan perkhidmatan bagi meningkatkan kadar gaji mereka yang menyediakannya. Menurutnya,
“Pada asasnya, kita tidak boleh menuntut agar perkhidmatan yang diberikan oleh rakyat kita dikenakan harga yang murah dan dalam pada itu, mereka mengeluh kerana gaji mereka terlalu rendah.”
BACA JUGA: Persoal Teks Perlembagaan Persekutuan BM Yang Dilancarkan Agong, P. Ramasamy Ditegur
BACA JUGA: 500 Ribu Pekerja Asing Bakal Dibawa Masuk
BACA JUGA: Keputusan Mahkamah Sivil Tiada Kuasa ‘Pertikai’ Mahkamah Syariah, SIS Bantah
Beliau menyatakan sedemikian pada sebuah persidangan berkenaan perspektif kerja yang dianjurkan oleh Institute of Policy Studies (IPS).
Wong yang juga merupakan Menteri Kewangan Singapura turut berucap mengenai kebimbangan yang beliau pernah utarakan pada tahun lepas berkenaan perbezaan gaji yang semakin meningkat dalam kalangan pekerja daripada latar belakang pendidikan yang berbeza.
Menurutnya, perkara mengenai perbezaan gaji ini akan membawa kepada sebuah keadaan di mana Singapura meletakkan keutamaan kepada kerja intelektual dan pada masa yang sama, merendahkan peranan teknikal, perkhidmatan serta penjagaan komuniti.
Berkenaan isu kenaikan perbelanjaan dan gaji, beliau turut mengaku bahawa ianya bukanlah sebuah isu yang mudah untuk dikendalikan, terutamanya pada masa di mana orang ramai turut merasa bimbang akan kenaikan kos.
Menurutnya lagi, pihaknya akan menguruskan penstrukturan semula ekonomi secara berhati-hati, dan pihak kerajaan akan melakukan apa yang termampu untuk menyediakan sokongan dalam masa peralihan.