Tempatan

Gaji Rendah Penghalang Belia Cina Graduan UEC Berkhidmat Kerajaan – Premier Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 07 Februari 2023 – Kadar gaji rendah menjadi penghalang kepada belia Cina dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) daripada berkhidmat dengan Kerajaan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.

“Awak tanya Datuk Dr Sim, sukar untuk cadangkan dan minta mereka untuk sertai, kerana gajinya rendah.”

Kata beliau, mereka akan sertai tawaran itu sekiranya bayarannya tinggi walaupun kerajaan Negeri mengiktiraf UEC.

BACA JUGA: Augustus 382BC Dapatkan Besi Kedah Untuk Bina Jalan Di Eropah

BACA JUGA: Gempa Bumi Turki-Syria: Ratusan Maut, Tiada Laporan Babitkan Warga Malaysia

BACA JUGA: Sisters In Islam, Kryss Network Dapat RM3.5 Juta Dana Daripada EU

Berikutan itu, beliau menyeru Kerajaan Negeri agar permasalahan itu diselesaikan dalam kadar segera dengan menarik lebih ramai belia Cina untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Kami sedang mengusahakannya sekarang. Gaji sekarang terlalu rendah,” jelas beliau sambil menambah bahawa gaji tinggi akan menarik lebih ramai pakar ke dalam perkhidmatan awam.

Beliau menambah lagi, Kerajaan Negeri juga akan mewujudkan skim sendiri di mana dasar lantikan dan pemecatan turut akan dimasukkan di bawah skim tersebut.

“Jika kita tidak boleh memecat orang, kita akan mempunyai kayu mati dalam perkhidmatan awam kita. Apabila anda mempunyai kayu mati, negara tidak akan dapat maju ke hadapan.”

Namun, dasar itu tidak boleh dilaksanakan di bawah skim pencen yang digunakan dalam perkhidmatan awam negeri, kata beliau.

“Saya kini sedang membuat kajian bagaimana hendak menaik taraf perkhidmatan awam. Jika gajinya baik, maka orang Cina akan sertai perkhidmatan awam negeri,” ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Profesor Emeritus Dr Ibrahim Abu Shah menyatakan kebimbangannya bahawa sekiranya UEC diiktiraf maka bahasa kebangsaan kita tidak lagi akan digunakan sepenuhnya di sekolah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: