Perkhidmatan Kesihatan UK Bakal Terganggu, Ribuan Pemandu Ambulans, Jururawat Bakal Berdemo
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UNITED KINGDOM, 01 Disember 2022 – Perkhidmatan Kesihatan Britain menghadapi masalah pada bulan ini setelah ribuan pemandu ambulans telah mogok berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap bayaran gaji dan keadaan kerja.
Ribuan pemandu ambulans tersebut telah diwakili oleh tiga kesatuan perniagaan yang berbeza. Kesatuan GMB menyatakan bahawa lebih dari 10,000 pemandu ambulans di seluruh England dan Wales telah memilih untuk diadakan tindakan industri.
Manakala kesatuan Unite dan Unison pula turut menyatakan bahawa ahli perkhidmatan ambulans mereka telah memilih untuk keluar.
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain kini sedang bersedia untuk berhadapan dengan tindakan industri bagi musim sejuk ini, di mana hampir 100,000 orang jururawat akan mengadakan mogok pada 15 dan 20 Disember ini.
Ini merupakan kali pertama perkara sebegini terjadi setelah kesatuan tersebut diwujudkan sejak 100 tahun lalu.
Rachel Harrison, Setiausaha Kebangsaan GHB ketika ditanyakan mengenai mogok tersebut menyatakan bahawa,
“Tiada siapa di NHS menganggap mogok ini perkara mudah, (apa yang berlaku) hari ini menunjukkan betapa terdesaknya mereka ini”.
GMB turut menyatakan bahawa mereka akan mengadakan persidangan beberapa hari akan datang bagi membincangkan mengenai tarikh-tarikh yang sesuai untuk berdemonstrasi sebelum berlangsungnya Krismas bagi tahun ini.