Antarabangsa

Rakyat Britain Akan Bayar Lebih Cukai-PM Rishi Sunak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 01 Novomber 2022 – Bagi melunaskan kekurangan kewangan yang ditinggalkan oleh mantan Perdana Menteri Britain, Liz Truss pada tempoh singkat pentadbiran beliau sebelum ini, Perdana Menteri baharu Britain, Rishi Sunak membuat keputusan untuk menaikkan kadar cukai bagi rakyat negara tersebut.

Menurut maklumat dalaman yang diperoleh dari jabatan kewangan negara tersebut, setelah mengadakan sesi perbincangan dengan Jeremy Hunt pada hari Isnin lalu, Sunak akan membuat kenyataan mengenai hal ini pada pertengahan November ini.

Menurut sumber yang sama, dikatakan bahawa keadaan akan menjadi lebih susah selepas ini. Sebelum ini, Truss telah meletak jawatan dengan meninggalkan kekurangan fiskal sebanyak kira-kira 50 bilion pound.

Dikatakan bahawa perbincangan di antara Sunak dan canselor itu telah mencapai keputusan dalam menyetujui bahawa “keputusan sukar” harus diambil berikutan situasi masalah kewangan yang mereka hadapi setelah ianya berada di bawah pentadbiran Truss.

Sumber tersebut menyatakan bahawa setelah ini, semua orang mesti menyumbang lebih daripada sebelumnya bagi negara tersebut mengekalkan perkhidmatan awam mereka. Menurut sumber itu lagi,

“Setelah membuat pinjaman sebanyak ratusan bilion pound bagi menghadapi Covid-19 serta bagi tujuan menanggung bil-bil tenaga elektrik yang tinggi, kami tidak akan mampu untuk mengisi kekosongan fiskal dengan hanya menggunakan kaedah pemotongan perbelanjaan”.

Perkhidmatan awam di negara tersebut sebelum ini sudahpun berhadapan dengan tekanan kewangan, di mana beberapa jabatan telah pun membuat pemotongan perkhidmatan bagi menghadapi kekurangan perbelanjaan berjumlah 3.2 bilion pound bagi tahun hadapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: