Antarabangsa

Gelang Kaki Elektronik Untuk Pelarian & Migran UK

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 07 Disember 2022 – Britain kini telah meningkatkan penggunaan tag elektronik terhadap mereka yang telah ditahan berikutan status mereka sebagai imigran, di mana ianya telah dipasang pada kaki dalam bentuk gelang.

Penggunaan tag elektronik ini adalah salah satu kaedah negara tersebut dalam melaksanakan ikrarnya bagi mengurangkan jumlah imigran yang masuk ke dalam negara itu.

Imigrasi adalah salah satu daripada sebab yang telah memaksa negara tersebut meninggalkan Kesatuan Eropah pada tahun 2016.

Kadar migrasi telah meningkat sehingga 504,000 orang pada tahun ini, di mana kebanyakan daripada mereka datang daripada Ukraine, Afghanistan serta Hong Kong. Jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang telah datang melalui bot-bot kecil di sepanjang English Channel.

Rudy Schulkind, pengurus kajian dan polisi bagi Bail for Immigration Detainees, sebuah badan yang menyediakan wakil perundangan secara percuma terhadap imigran yang ditahan di seluruh Britain menyatakan bahawa orang ramai melihat tindakan United Kingdom (UK) dalam menggunakan tag elektronik tersebut sebagai melakukan dan penuh stigma.

Menurut beliau lagi, pemakaian tag di kaki itu menyebabkan orang ramai akan melihat mereka sebagai individu yang merbahaya atau ganas, dan ini adalah sesuatu yang menyinggung perasaan yang terpaksa mereka hadapi.

Tag-tag elektronik sebelum ini telah digunakan bagi mereka yang terlibat dalam kesalahan jenayah, supaya pihak polis dan mahkamah dapat membuat pemerhatian terhadap mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: