PRU-15

PRU-15: Buat Pertama Kali, PM Mungkin Berdepan Keengganan Pembubaran DUN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 – Buat pertama kali dalam sejarah negara, Perdana Menteri Dato’Sri Ismail Sabri Yaakob berkemungkinan berdepan dengan konflik dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri apabila cadangannya supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar serentak tidak disambut.

Perkara ini diramalkan berlaku susulan respon dari tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah yang mengumumkan tidak akan membubarkan DUN akhir tahun ini.

Kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan tidak akan membubarkan DUN biarpun Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana ingin memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang berdepan kemungkinan banjir semasa musim tengkujuh nanti, demikian kenyataan Pengerusinya, Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mewakili tiga negeri lagi iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah turun memutuskan keputusan yang sama, manakala Sarawak juga dijangka tidak membubarkan DUN memandangkan Pilihan Raya Negeri baru diadakan pada akhir tahun lepas.

Sabah pula menegaskan tidak akan membubarkan DUN biarpun berlaku pembubaran Parlimen kerana masih mempunyai tiga tahun lagi untuk berkhidmat bagi tempoh penggal pemerintahan sekarang.

Justeru, selepas pengeculian pembubaran kepada beberapa negeri oleh Perdana Menteri iaitu negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor, maka hanya beberapa negeri sahaja yang sedia membubarkan DUN serentak dengan Parlimen iaitu Pahang, Perlis dan Perak.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri kesepuluh itu telah mengesahkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: