PRU-15

Rakyat Bukan Lagi Mudah Dicucuk Hidung Oleh Pemimpin-Pemimpin Parti Politik – MAMPIR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – Rakyat serta akar umbi parti politik telah mula berani tunjukkan perubahan. Mereka bukan lagi mudah dicucuk hidung oleh pemimpin-pemimpin parti politik,” ujar Wakil Sekretariat Muwasolah Agamawan dan Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR), Haji Razali bin Daud.

Jelasnya, tiket atau slogan yang ditawarkan akan dipegang sebagai kad penilaian ke atas pimpinan. Sukar untuk terikat kepada dua matlamat yang berbeza. Pimpinan gabungan mesti tampil dengan satu agenda yang mengatasi kedua hal tersebut dan dalam masa yang sama memberi solusi pada kedua-duanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan tentang bagaimanakah agaknya kelak penerimaan akar umbi kedua-dua gabungan, di satu pihak mengundi atas tiket mahu membanteras kleptokrat dan kluster Mahkamah dan satu lagi mengundi dengan pendekatan “No Anwar, No DAP”?

Menurut Haji Razali bin Daud, situasi ini akan menjadi cabaran besar kepada Pakatan Harapan (PH) dan survival perjuangan Melayu Islam. Dasar atau falsafah mana yang lebih unggul dalam PH pasca PRU-15 nanti jika PH membentuk Kerajaan bersama Barisan Nasional (BN)?

Kemungkinan PH yang diungguli Democratic Action Party (DAP) dengan 40 Ahli Parlimen bakal bergabung membentuk Kerajaan dengan BN yang diungguli UMNO, dua parti dengan falsafah perjuangan yang bertentangan adalah sangat mencabar dan bakal berdepan dengan situasi rumit?!

Persoalannya, apakah nanti 26 ahli BN yang bersama PH benar-benar pejuang kepada dasar kepentingan Melayu Islam atau ada kepentingan lain?

Maka, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Pakatan Rakyat (PKR) yang pernah dikenali sebagai pemimpin pejuang falsafah Islamis sehingga kini masih belum terbukti dapat mengawal DAP, apakah 26 ahli BN yang lebih bersifat pengikut mampu lakukan? Rakyat akan perhatikan.

Tambah beliau, selagi ego pemimpin, ketaksuban dan keterikatan pada parti politik masih tebal selagi itulah akan membawa ketidakstabilan Kerajaan. Maka, tidak hairanlah perkembangan politik Malaysia ini akan menjadi alamat kepada ketidakstabilan Kerajaan Malaysia seperti 5 tahun lampau dan akan berulang sekali lagi.

Justeru, gerakan mengasuh rakyat dengan kesedaran politik kenegaraan, akhlak-akhlak Islam serta nilai moral warisan agama dan kaum, cintakan Tanah Air mesti digiatkan bagi membina budaya dan etika berpolitik yang lebih sejahtera dan stabil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: