PRU-15: Presiden UMNO Ulangi Janji Ismail Sabri Calon PM
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BAGAN DATUK, 08 November 2022 – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Sebelum ini kempen pihak lawan berterusan memainkan isu Pengerusi BN itu akan mengetepikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri jika BN menang PRU-15.
Beliau mengulangi pendiriannya dan berkata spekulasi yang berlegar ini adalah mainan pihak lawan yang cuba melaga-lagakannya dengan Ismail Sabri.
“Jadi, perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana proses untuk menjadi Perdana Menteri bukan hanya di tangan parti politik yang mempunyai gabungan parti-parti yang pelbagai tetapi juga kita harus menghormati kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.”
“Perkara 43 (2)(1) Perlembagaan Negara menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mempunyai sokongan majoriti di dewan tersebut,” ujarnya.