Tempatan

TERKINI: Parlimen Ke-14 Dibubarkan Berkuat Kuasa Hari Ini!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

“Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa tengah hari semalam saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda mengenai pembubaran Parlimen ke-14,” kata Perdana Menteri dalam sidang media sebentar tadi.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(22) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, pada 10 Oktober 2022.”

Susulan pembubaran, Dato’ Sri Ismail Sabri menyeru semua Ketua-Ketua Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dengan tarikh yang sama dengan PRU Peringkat Parlimen.

Manakala penetapan tarikh penamaan calon dan mengundi adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

“Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat,” kata Perdana Menteri ke-9 itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: