Tempatan

Azam Baki, Benar Agong Boleh Pecat Tapi Atas Nasihat Perdana Menteri – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2022 – Dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bahawa hanya YDP Agong sahaja yang boleh memecatnya itu memang tepat sebab yang melantiknya adalah YDP Agong, ujar Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.

Walau bagaimanapun, segala keputusan YDP Agong dalam urusan pelantikan dan pemecatan penjawat penting dalam Kabinet dan Agensi tertentu adalah atas nasihat Perdana Menteri, tegas beliau.

“Pada pendapat saya beliau telah secara tak langsung memberitahu, ianya atas Perdana Menteri untuk tentukan.”

Ujar Syed Hassan lagi, rakyat juga sememangnya tahu, urusan memecat atau menasihatkan beliau untuk berehat adalah menurut pertimbangan Perdana Menteri.

“Jadi, kita perlu tanya Perdana Menteri kedudukan Tan Sri Azam KP SPRM ini.”

“Saya rasa YDP Agong tak rasa susah pun dalam hal ini. Baginda tiada masalah untuk putuskan apa sahaja yang dinasihati oleh Perdana Menterinya. Hal ini bukan terlalu besar dan sukar untuk YDPA fikirkan,” katanya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: