PRU-15

PRU-15: Guru, Pelajar M40 Bakal Terima Komputer Riba Jika BN Memerintah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SABAK BERNAM, 09 November 2022 – Pemberian komputer riba kepada pelajar golongan M40 dan guru antara yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran baharu itu antara penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dalam manifesto jika terus kekal mentadbir negara.

Menurutnya, kemudahan komputer riba sememangnya diperlukan, maka pemberian itu diyakini dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Permintaan dalam kalangan golongan itu dan guru memang ada. Kita berjanji mereka akan mendapat komputer riba percuma jika kita menang Putrajaya kelak,” katanya ketika berucap pada Program Budi Disanjung Parlimen Sungai Besar di Parit 16, Sungai Besar, malam tadi.

Terdahulu, BN juga menjanjikan Pengajian Tinggi percuma kepada semua individu dari keluarga B40, sebagai pelan penamat kemiskinan jangka panjang.

PRU-15: BN Tawar Pendidikan Tinggi Percuma Golongan B40

Dalam manifesto sama, BN berjanji untuk mengurangkan kos pengajian tinggi dengan pengenalan sistem pengajian anjal (50% di kampus dan 50% atas talian / jarak jauh) yang akan mengurangkan sehingga separuh kos pengajian.

Kesemua manifesto ini terkandung dalam Perancangan Amal dan Usaha BN untuk Malaysia (PADU) sebagai tawaran untuk rakyat bagi PRU15 mengandungi 99 Amal dan Usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air ke arah negara berkemajuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: