Kaji Semula Kelulusan Gaji Minimum Kepada Penjawat Awam
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
IPOH, 24 Mac 2022 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah menyarankan kepada kerajaan supaya melakukan kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan untuk menaikkan gaji minimum bagi penjawat awam.
Menurut beliau, ini kerana umum sedia maklum bahawa kerajaan mempunyai beban kewangan yang tinggi termasuk membayar pencen dan sebagainya.
“Kita tahu kerajaan mempunyai beban (kewangan) yang tinggi termasuk membayar pencen dan sebagainya.”
Justeru, pendekatan yang menyeluruh adalah perlu sebelum menetapkan sebarang keputusan mengenai kenaikan gaji minimum ke RM1,500.
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan kadar gaji minimum berjumlah RM1,500 bermula Mei tahun ini.
“Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara.”