Tempatan

PRU-15: Desas Desus Bubar Parlimen, Ada Yang Disuruh Pindah Barang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Oktober 2022 – Berikutan kemungkinan bahawa akan berlakunya pembubaran Parlimen, terdapat pegawai kementerian yang yang diarahkan untuk mengosongkan bilik, lapor sebuah portal berita tempatan.

Menurut sumber kepada portal tersebut, semua yang terlibat sudah mula mengosongkan bilik hari ini susulan penerimaan arahan itu pada petang semalam.

“Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dengan meminta kami semua kemas barang dan kosongkan bilik,” kata sumber tersebut.

Menurut laporan sebuah lagi portal berita tempatan, Datuk Seri Ismail Sabri dikatakan akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini.

Berdasarkan maklumat umum daripada Portal Rasmi Parlimen Malaysia, mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: