PRU-15

PRU-15: Siti Kasim Mahu JAKIM Ditutup, Urusan Agama & Negara Diasingkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATU, 09 November 2022 – “Pada pandangan saya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu ditutup dan Majlis Raja-Raja dibenarkan menguruskan hal ehwal Islam,” kata calon Bebas Parlimen Batu untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Siti Kasim dalam satu wawancara bersama sebuah portal tempatan berbahasa Inggeris.

Malah, aktivis merangkap peguam itu juga mahu urusan agama dan negara dipisahkan agar ahli politik tidak lagi memanipulasi agama untuk kepentingan peribadi mereka.

“Ahli politik mengeksploitasi agama sebagai alat politik. Mereka menggambarkan diri mereka sebagai pelopor Islam untuk meraih undi Melayu dan berpegang teguh pada kuasa.”

Tambah Siti Kasim lagi, ahli politik juga memberi sumbangan kepada pertubuhan Islam bukan kerajaan, institusi tahfiz dan pihak berkuasa agama, tetapi rasuah berleluasa di belakang tabir.

Kerana itulah calon Parlimen Batu (P115) ini menegaskan bahawa urusan agama haruslah dipisahkan dari negara.

Apabila diajukan soalan adakah pengundi Melayu akan menerima cadangan drastiknya untuk menutup JAKIM, Siti Kasim menyatakan bahawa komunikasi adalah kunci.

“Beritahu mereka bahawa kita mengembalikan kuasa mengurus hal ehwal Islam kepada Sultan demi memajukan agama. Adakah anda fikir orang Melayu akan menentang Sultan mereka? Sudah tentu tidak.”

“Orang Melayu cukup bijak menerima perkara ini jika kita jelaskan perkara ini kepada mereka dengan betul,” katanya lagi.

Terdahulu, Siti Kasim yang bertanding atas tiket bebas berkata, manifesto yang dibawakannya pada PRU-15 kali ini adalah pemisahan antara agama dan kerajaan.

Saya memberitahu orang ramai bahawa boleh untuk menuntut perkara itu daripada ahli politik dan kita tidak seharusnya membenarkan ahli politik menggunakan agama sebagai ‘peralatan’ politik.

“(Dengan itu) kita mengembalikan semula pengurusan agama kepada Sultan mengikut peruntukan undang-undang kerana mengikut Perlembagaan ia adalah begitu. Malangnya, sudah lama Kerajaan Persekutuan menggunakan agama bagi faedah mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: