PRU-15

PRU-15 Boleh Ditangguhkan Jika Banjir Besar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERA, 07 November 2022 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika banjir besar berlaku sepanjang tempoh berkempen.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya keadaan mendesak dan PRU-15 tidak dapat dilaksanakan, satu perbincangan lanjut akan dibuat.

“Kerajaan bersedia namun jika banjir besar sehingga tidak boleh keluar mengundi, jadi saya akan bincang bersama SPR sekiranya ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini.”

Dalam pada itu, beliau menegaskan, dua bulan sebelum Parlimen dibubarkan, satu mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri telah dibuat bagi memastikan persediaan menghadapi banjir dalam keadaan terbaik.

“Saya sudah mendapatkan penerangan lanjut persediaan banjir di Bukit Aman sebelum penamaan calon.”

“Kerajaan dan agensi berkaitan sudah bersedia dengan pusat pemindahan sementara diwujudkan di lokasi yang sudah dikenal pasti,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kemayan, pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa musim tengkujuh akan bermula lebih awal dari yang dijangka.

Tambah agensi itu, risiko kejadian banjir boleh meningkat sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: