PRU-15

PRU-15: Parti Politik Bertanggungjawab Atas Tindakan Penyokong – Ketua Polis Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 08 November 2022 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi amaran parti politik yang terlibat secara langsung dalam proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu bertanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan sentimen penyokong masing-masing.

Amaran ini dikeluarkan susulan insiden kekecohan yang berlaku di luar Pusat Penamaan Calon (PCC) Dewan DSP Antanom di Tenom pada Sabtu lalu apabila penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) merusuh sehingga memaksa anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan berkompromi dalam menangani ancaman yang akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” tegas beliau seperti dalam laporan sebuah portal tempatan.

“Demi kepentingan orang ramai, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar undang-undang.”

Kata Tan Sri Acryl Sani lagi, segala tindakan yang perlu akan diambil bagi memastikan semua pihak yang terbabit dapat menjalankan tugas mereka dalam keadaan selamat dan yakin tanpa sebarang provokasi.

Sabtu lalu, kekecohan yang berlaku di PPC PRU-15 Parlimen Tenom seperti yang tular di media sosial berpunca daripada penolakan pencalonan Presiden KDM, Datuk Peter Anthony.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, penolakan pencalonan itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan alasan Peter masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, seramai 300 penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) cuba merempuh masuk ke dalam pusat penamaan calon selepas dikatakan tidak berpuas hati pencalonan presiden parti itu ditolak untuk bertanding kerusi Parlimen Tenom.

Susulan kejadian, Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony ditahan empat jam bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: