PRU-15

PRU-15: DAP Akan Bertanding Di Kawasan Majoriti Melayu, Nafi Label ‘Anti Melayu’ 

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2022 – Menepis dakwaan sebagai ‘anti-Melayu’, DAP akan meletakkan lebih ramai calon Melayu dan bertanding di lebih banyak kerusi majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan berkata, tindakan itu bukanlah sekadar ‘latihan penjenamaan semula’, akan tetapi semangat untuk menjadi parti berbilang kaum untuk rakyat Malaysia.

“Saya fikir ia bukan soal penjenamaan semula semata-mata, tetapi soal menunjukkan kepada rakyat keikhlasan ahli dan pemimpin kita bekerja untuk semua rakyat Malaysia.”

Katanya, DAP mahu keluar dari kepompong sokongan tradisional dan ingin meneroka kawasan dan demografi baharu.

Kenyataan itu disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang mengangkat cadangan Syahredzan sebagai satu lonjakan bagi parti itu.

“Saya bersetuju dengan setiausaha agung kita. Kita perlu pergi ke kawasan majoriti Melayu bersama calon Melayu kita.”

“Ini akan menunjukkan kekuatan dan keupayaan kami untuk meletakkan calon tidak kira di mana kami bertanding.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: