Tempatan

Kenapa Saya Cadang Pisahkan Agama Dari Kerajaan? Ini Sebabnya.. – Siti Kasim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Peguam dan aktivis Siti Kasim dalam satu hantaran berkongsi tangkap layar yang menjelaskan mengapa beliau mencadangkan agar hal yang melibatkan agama perlu dipisahkan dari Kerajaan.

“Warned abt this in my articles & speeches. No 1 takes a blind notice. I can see its coming & its happening. Why do u think I threw myself in2 d gauntlet wid manifesto on Separation of Religion frm govt? If r politicians dont tackle dis bwashing in our edu system, v r doomed.#PRU15.”

Beliau menyatakan, beliau telah memberi amaran yang tidak diendahkan sebelum ini. Beliau bertanyakan kepada pengikut di akaun Twitternya berkenaan apa yang difikirkan mereka ketika beliau bersusah payah memasukkan cadangan pemisahan Agama dan Negara dalam manifestonya. Menurutnya, jika ahli politik tidak menyelesaikan perkara ‘cuci otak’ dalam sistem Pendidikan negara, mereka semua akan mengalami masalah.

Ciapannya turut memuat naik tangkap layar yang berkongsi info mengenai, 7 juta pengundi yang mengundi buat kali pertama berumur antara 18 hingga 22 tahun dan 80% adalah bangsa Melayu.

Kenyataan dalam tangkap layar tersebut turut menyebut majoriti daripada mereka ini telah mengundi PN-PAS. Sebab itu PH kalah 20 kerusi Parlimen. Trend ini akan berterusan dan pada pilihan raya 2027, PH akan kehilangan 40 kerusi lagi kerana demografi. Menjelang 2027, populasi Melayu akan lebih daripada 80%.

Menurut sumber itu lagi, PAS kini telah memperoleh Perlis, Kedah, Kelantan, Trengganu, dan Pahang. Negeri-negeri seterusnya yang akan berada di bawah PAS ialah Perak dan N. Sembilan. Satu-satunya negeri yang boleh menahan serangan PAS ialah Pulau Pinang, Selangor dan Johor tetapi tidak terlalu lama.

Sumber yang dikongsi Siti Kasim turut menyatakan, “Saya meramalkan kesemua 3 negeri akan tumbang menjelang pilihan raya 2032. Air pasang ini tiada siapa boleh hentikan. Malaysia akan menjadi Negara Islam yang lengkap menjelang 2032.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: