Tempatan

MetMalaysia Akan Uji Sistem Amaran Awal Tsunami

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BESUT, 16 Mac 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) hari ini di Pejabat Perikanan Daerah Besut.

“Dimaklumkan bahawa MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 16/03/2022 (Rabu) di Pejabat Perikanan Daerah Besut, Terengganu pada jam 3.00-5.00 petang.”

Pengumuman itu dimaklumkan menerusi laman Facebook agensi itu.

Oleh itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

METMalaysia juga menyatakan mereka akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan dalam pelaksanaan tersebut.

Dalam pengumuman berlainan, METMalaysia menjangkakan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama akan berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara minggu ini.

“Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara dalam tempoh Sabtu, 19 Mac 2022 sehingga Selasa, 22 Mac 2022.”

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata METMalaysia lagi.

Selain itu, tiada amaran ribut petir dikeluarkan untuk negara Malaysia hari ini.

Untuk maklumat cuaca terkini, anda boleh dapatkan di www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: