Amaran Kedah dan Pulau Pinang Dilanggar Ribut Petir – Jabatan Meteorologi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 05 Mei 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang sehingga jam 9 pagi hari ini.
“Di Kedah, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan tertumpu di sekitar Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang pula dijangka melanda kawasan Barat Daya, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.”
Selain itu, MetMalaysia dalam kenyataan di laman web rasminya berkata cuaca buruk tersebut juga diramal melanda beberapa negeri termasuk Perak (Kerian); Negeri Sembilan (Port Dickson); Melaka; Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru); Sarawak (Bintulu (Bintulu), Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit (Belaga), dan Miri (Subis dan Miri); dan Sabah (Sandakan (Beluran) dan Kudat).
Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang bagi perairan Malaysia sehingga 50 kmsj disertai laut bergelora sehingga ketinggian 3.5 meter dan ia merbahaya untuk bot-bot kecil.