PRU-15

PRU-15: Dokumen Lain Yang Boleh Diganti Dengan Kad Pengenalan – SPR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 18 November 2022 – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa beberapa dokumen yang sah, boleh menggantikan kad pengenalan untuk proses Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurut suruhanjaya tersebut, sekiranya terlupa atau kehilangan kad pengenalan, para pengundi boleh menggantikannya dengan mengemukakan pasport, lesen memandu, dokumen pengenalan sementara (JPN. KPPK09) atau resit laporan kehilangan kad pengenalan (JPN. KPPK11) (DISAHKAN JPN) ketika proses mengundi tersebut.

Justeru, lebih 21 juta pengundi berdaftar yang dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini boleh menggunakan salah satu dari dokumen-dokumen yang dinyatakan oleh pihak SPR tersebut.

Jumlah pengundi tersebut adalah berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober 2022, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

DPPR bagi PRU-15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih terdiri 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara, ujar Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: