5 Rukun Calon Wibawa GPS
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Seperti PRU ke-14, Gerakan Pengundi Sedar masih kekal dengan seruan “Undilah Calon Muslim Berwibawa”. Seruan ini sebenarnya masih relevan memandangkan mereka yang diberi mandat semasa PRU-14 telah mengecewakan 21.1 juta pengundi Malaysia.
Jika kita lihat, selepas PRU-14 terlalu banyak musibah berlaku hingga mengancam kedaulatan negara, kedudukan Melayu dan agama Islam kerana pemimpin yang diangkat tidak memenuhi lima rukun calon wibawa GPS.
Ratifikasi ICERD, kes Nisha Ayub, kenyataan rasmi menteri dalam tulisan Mandarin, wakil rakyat mengadu kata warga minoriti di Malaysia ditindas, dana kepada pertubuhan SIS dasar terbuka dengan LGBT sampai mereka berani buat perarakan, pemimpin-pemimpin lompat parti sana sini, saling mengkhianati demi kuasa hingga timbul langkah Sheraton dan banyak lagi untuk disenaraikan.
Kali ini kami perincikan dengan lebih mendalam apakah yang dimaksudkan dengan calon Muslim berwibawa melalui Lima Rukun Wibawa GPS.
GPS terus menyeru rakyat Malaysia mengundi calon Muslim berwibawa tanpa mengira parti.
5 rukun wibawa yang perlu ada pada setiap calon yang bertanding:
1. Perjuang agenda Melayu dan Islam
Agenda memelihara kedudukan Melayu dan mendaulatkan Islam mestilah menjadi keutamaan calon yang bertanding.
2. Berintegriti dan bersih
Tidak terlibat dengan mana-mana kes pecah amanah dan rasuah termasuk kes yang sedang dibicarakan di mahkamah
3. Cekap dalam urus tadbir
Mahir menguruskan portfolio sebagai wakil rakyat dan menteri kabinet
4. Bebas dari pengaruh asing
Bebas dari perkara seperti penerimaan dana asing, ideologi songsang dan cara fikir liberal
5. Idea baru dan segar
Mempunyai keupayaan untuk keluar dengan idea dan cadangan bernas demi menjadikan Malaysia negara yang maju dan unggul.
GPS akan kongsikan bagaimana lima rukun ini akan alat pengukur bagi memilih calon mana yang lebih patut diundi di kawasan anda.
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan peribadi samudera.my