PRU-15

Penggunaan Helikopter Musim PRU: Keselamatan Penerbangan Berisiko Susulan Fasa Peralihan Monsun – METMalaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2022 – Keselamatan operasi penerbangan khususnya bagi pesawat ringan termasuk helikopter yang melakukan penerbangan aras rendah berhadapan dengan risiko susulan fasa peralihan monsun ketika ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

Beliau berkata demikian selepas diminta untuk mengulas kemungkinan peningkatan penggunaan helikopter pada musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ketika ini.

Kata beliau, keselamatan penerbangan boleh terjejas susulan fenomena cuaca yang signifikan seperti ribut petir, hujan lebat serta angin kencang.

“Di dalam tempoh ini, secara amnya, corak tiupan angin adalah lemah dari pelbagai hala yang kondusif bagi pembentukan awam yang boleh menyebabkan kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang pada sebelah petang hingga ke awal malam.”

“Keadaan ini cenderung terbentuk di tengah dan pedalaman serta negeri sebelah barat Semenanjung, tengah dan utara Sarawak, Labuan dan juga barat Sabah,” jelasnya.

Jelas beliau, METMalaysia merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam menyediakan produk berkaitan pencerapan, ramalan dan amaran cuaca penerbangan secara rutin kepada agensi dan syarikat penerbangan.

Kelmarin, sebuah portal berita tempatan melaporkan sebuah helikopter yang membawa lima penumpang dan seorang juruterbang didapati terhempas di Brinchang, Cameron Highland dan cuaca didapati buruk sewaktu kejadian dilaporkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: