Tempatan

Peranan Agong & Majlis Raja-Raja Bukti Institusi Raja Amat Penting

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 November 2022 – Peranan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja di dalam pelantikan Perdana Menteri ke-10 jelas membuktikan bahawa Institusi Raj-Raja Melayu adalah amat penting.

Menurut Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis, peranan Institusi Raja-Raja Melayu sekali gus dapat mengimbangkan menyelesaikan kemelut politik tanah air pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ini membuktikan peranan Agong dan Majlis Raja-Raja amat penting dalam mengimbangkan krisis politik berpanjangan dengan diakhiri dengan pelantikan Perdana Menteri.”

Ketika pemimpin politik berdepan kesukaran membentuk Kerajaan Pusat dan krisis pelantikan Perdana Menteri perlu diselesaikan segera demi kestabilan negara bagi mengelakkan kemelut berpanjangan, Malaysia begitu beruntung dan unik kerana mempunyai institusi beraja berperlembagaan sebagai payung utama rakyat, jelas beliau.

Justeru, Mujibu Abd. Muis berkata semua pihak perlu akur dengan keputusan Seri Paduka Baginda melantik Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Semalam, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, menerusi kenyataan media daripada Istana Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: