NGO

PEMBELA Tidak Terlibat Gagasan Bangsa, Kekal Non Partisan – Dato’ Zainul Rijal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KENYATAAN MEDIA:

PEMBELA Tegas & Kekal Dengan Prinsip Politik Tidak Berpihak Tarikh: 11 Oktober 2022

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), ingin membawa kepada perhatian semua pihak berkenaan perkembangan terbaru keadaan politik negara dan pengumuman mantan Pengerusi PEMBELA Haji Aminuddin Yahaya menyertai Gagasan Bangsa yang bekerjasama dengan keempat-empat parti komponen utama Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi PRU-15.

Walaupun terkejut dengan perletakan jawatan mengejut beliau dan penyertaan dalam Gagasan Bangsa, PEMBELA menghormati keputusan peribadi mantan Pengerusi tersebut. Namun ianya tidak selari dengan dasar PEMBELA yang bersifat non-partisan.

PEMBELA tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti Gagasan Bangsa yang baru dilancarkan itu. Penglibatan bekas Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahya, dalam Gagasan Bangsa tidak mewakili pendirian PEMBELA di dalam prinsip pendekatan non-partisan yang telah menjadi dasar teras PEMBELA.

Sebagai sebuah wadah yang bergerak dengan prinsip menghormati keputusan syura, PEMBELA akan terus kekal memainkan peranan semak dan imbang kepada ketiga-tiga cabang legislatif, eksekutif dan judisiari negara tanpa terlibat di dalam mana-mana parti politik.

PEMBELA akan terus memperjuangkan agenda agama, bangsa dan tanah air (ABATA) dan memperjuangkan hak rakyat Malaysia yang sah dan isu antarabangsa bagi memastikan semua hak yang benar dapat ditegakkan.

PEMBELA juga akan mengumumkan struktur baru kepimpinan PEMBELA dalam tempoh terdekat.

PEMBELA menyeru kepada semua yang bersama dengan perjuangan PEMBELA ini tidak terkeliru dengan perkembangan-perkembangan baru yang sedang berlaku ketika ini dan kekal bersama menyokong perjuangan PEMBELA. PEMBELA akan terus menegur mana-mana pemimpin, individu, organisasi atau badan sekiranya mereka tersasar dari perjuangan menegakkan ABATA tanpa mengira blok politik mereka.

Merujuk kepada PRU-15 yang bakal diadakan nanti, PEMBELA menyokong mana-mana calon yang memperjuangkan agenda ABATA tanpa mengira parti politik mereka.

Dato’ Zainul Rijal Bin Abu Bakar
Yang menjalankan tugas Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA)

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: